Nama Puak Travian

Travian mempunyai 3 Puak yang dapat dimainkan oleh semua orang dan mempunyai 1 Puak yang hanya dapat dimainkan oleh NPC iaitu Natars.

Dari kiri ke kanan adalah puak Teuton, Gaul dan Rom

. Setiap suku memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Roman

Roman merupakan salah satu puak yang sangat maju dan ahli dalam pembangunan, Roman mempunyai keistimewaan dan kekurangan seperti berikut:

  • Agak sukar dimainkan pada permulaan permainan tetapi yang mempunyai purata yang agak stabil.
  • Bonus bertahan tertinggi-bonus dari Tembok Bandar
  • Pedagang dapat membawa sumber sebanyak 500 unit (kepantasan: 16 petak/jam).
  • Palung Kuda, bangunan yang mengurangkan kos senggaraan makanan pasukan kalvari.
  • Infantri sangat kuat, pasukan berkuda sederhana.
  • Palung kuda yang setiap level akan menurunkan waktu pelatihan sebanyak 1%.

(hanya ada di versi 3.5. Saat ini versi yang sering digunakan 3.1)

Kekurangan:

  • Kos mahal dan memakan waktu yang agak lama.
  • Tembok Bandar sangat mudah untuk dihancurkan.

Kesimpulan

Roman adalah puak yang terbaik kepada pemain yang mempunyai pengalaman dan suka menggunakan strategi kerana askar infantri Roman adalah yang terkuat di dalam Travian selain Natar

Gaul

Gaul merupakan puak yang aman di Travian, Gaul merupakan pasukan terpantas (kebanyakannya 6 petak perjam). Gaul adalah puak yang terbaik untuk pertahanan. Puak Gaul adalah puak yang terbaik untuk pemain baru di Travian. Keistimewaan dan kekurangan puak Gaul adalah seperti berikut:

  • Bonus terpantas: Puak terpantas dalam Travian.
  • Pertahanan Sederhana-bonus kerana pagar kayu
  • Pedagang boleh membawa 750 unit sumber (kepantasan: 24 petak/jam)
  • Adanya bangunan Perangkap untuk memerangkap unit musuh

Kekurangan:

  • Senjata berat mahal
  • Kekuatan askar: Sederhana
  • Kekuatan infantri dan askar berkuda-sederhana

Puak Gaul adalah yang terbaik kepada pemain baru yang ingin memainkan strategi agresif dan pertahanan

Teuton

Teuton merupakan puak yang selalu merompak, Teuton hebat dalam menyerang tetapi pertahanan Teuton sangat lemah, sehingga pasukan Teuton mudah dikalahkan. Puak Teuton sesuai untuk pemain yang berpengalaman dan agresif. Keistimewaan dan kekurangan adalah seperti berikut:

  • Bonus rampasan: Gua musuh hanya dapat menyembunyikan 2/3 dari kemampuannya.
  • Tembok Tanah hampir tidak dapat dihancurkan, tetapi hanya memberikan bonus bertahan minimal.
  • Pedagang dapat membawa 1000 unit sumber (kepantasan: 12 petak/jam)
  • Latihan pasukan yang sangat murah dan cepat.
  • Adanya Kedai Bir dapat meningkatkan bonus penyerangan 1% per tahap selama perayaan berlangsung.(hanya ada di versi 3.5)

Kelemahan puak Teuton seperti berikut:

  • Pertahanan lemah
  • Pergerakan pasukan lambat
  • Senjata berat ( Tarbil dan Pelantak ) tidak sekuat Rom dan Gaul
  • Kekuatan askar - lemah

Kesimpulan

Puak Teuton tidak sesuai bagi pemain yang baru, tetapi adalah yang terbaik bagi pemain yang penuh dengan pengalaman kerana puak Teuton adalah puak perompak yang terbaik!